"Wah bau macam kedai nasi ayam" kata suami saya sebaik sahaja membuka pintu. " Makan terusla..." kata beliau lagi menyebabkan posting saya hari ini tiada gambar...huhu....semuanya licin dalam masa kurang dari setengah jam..tak sempat nak snap gambar. Tak apa ..lain kali bila saya buat nasi ayam lagi saya akan ambik gambar sebelum hidang.
Ok saya nak share resepi nasi ayam saya yang mudah dan boleh dibuat oleh insan insan biasa yang kurang kerajinan seperti saya.
Bahan nasi
1. 3 pot beras
2. 1 kiub pati ayam
3. 3 ulas bawang merah
4. 1 ulas bawang putih
5. 2 sudu besar (penuh) mentega atau marjerin
Cara memasak nasi
1. Basuh beras dan toskan
2. Cairkan mentega dalam rice cooker. Kena tekan cook supaya mentega cair dan mendidih. Boleh gunakan minyak masak kalau tak ada mentega...kita bukan chef..apa pun boleh.. hihi. Tapi tambah 1 sudu teh garam kalau guna minyak. Untuk rasa masin.
3.Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah di mayang.
4. Hancurkan kiub pati ayam dan tumis bersama hingga naik bau. Masukkan beras yang telah ditoskan. Gaulkan rata dan masukkan air secukupnya seperti nak masak nasi biasa.
5. Masak dalam rice cooker seperti masak nasi biasa.
Bahan ayam
1. 1/2 ekor ayam yg besar
2. Seinci halia
3. 5 ulas bawang merah
4. 3 ulas bawang putih
3. 3 sudu besar kicap cair
4. 5 sudu besar kicap manis
1. Rebus ayam dengan air yang banyak hingga empuk.
2. Angkat dan toskan ayam . Simpan air rebusannya untuk sup.
3. Kisar bawang merah , bawang putih dan halia.perap bersama ayan rebus tadi dalam satu bekas. Masukkan kicap masin dan kicap cair. Tambah madu jika suka. Perap selama 10 minit pun cukup.
4. Angkat dan toskan ayam yang telah diperap. Goreng dengan api sederhana hingga warna keperangan...ala warna ayam nasi ayam tuuu...
5. Kicap perapan tadi dipanaskan hingga mendidih dan hidangkan sebagai kicap nasi ayam.
Bahan sup
1. 2 ulas bawang merah
2. 1 ulas bawang putih
3. Satu kiub pati ayam
4. Seinci halia
5. Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih. Opsyenal. Tak ada pun tak apa.
Cara buat sup
Panaskan air rebusan ayam tadi bersama bahan bahan diatas. Biarkan mendidih seketika.Tambahkan garam kalau tak cukup masin.Taburkan daun bawang dan sadri dan bawang goreng semasa dihidangkan.
Cara buat sos(sambal cili)
1. 4 atau 5 biji lada besar merah
2. 2 sudu besar gula
3. 1 sudu teh garam
4. 2 sudu besar cuka
5. 2 ulas bawang putih.
Kisar semua bahan. Panaskan hingga mendidih. Sesuaikan jumlah gula garam dan cuka mengikut citarasa anda.
Hidangkan nasi ayam bersama hirisan timun dan salad. Senangkan jom cuba....