lazada

Thursday, October 16, 2014

Nasi ayam mudah

"Wah bau macam kedai nasi ayam" kata suami saya sebaik sahaja membuka pintu. " Makan terusla..." kata beliau lagi menyebabkan posting saya hari ini tiada gambar...huhu....semuanya licin dalam masa kurang dari setengah jam..tak sempat nak snap gambar. Tak apa  ..lain kali bila saya buat nasi ayam lagi saya akan ambik gambar sebelum hidang.

Ok saya nak share resepi nasi ayam saya yang mudah dan boleh dibuat oleh insan insan biasa yang kurang kerajinan seperti saya.

Bahan nasi
1. 3 pot beras
2. 1 kiub pati ayam
3. 3 ulas bawang merah
4. 1 ulas bawang putih
5. 2 sudu besar (penuh) mentega atau marjerin

Cara memasak nasi
1. Basuh beras dan toskan
2. Cairkan mentega dalam rice cooker. Kena tekan cook supaya mentega cair dan mendidih. Boleh gunakan minyak masak kalau tak ada  mentega...kita bukan chef..apa pun boleh.. hihi. Tapi tambah 1 sudu teh garam kalau guna minyak. Untuk rasa masin.
3.Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah di mayang.
4. Hancurkan kiub pati ayam dan tumis bersama hingga naik bau. Masukkan beras yang telah ditoskan. Gaulkan rata dan masukkan air secukupnya seperti nak masak nasi biasa.
5. Masak dalam rice cooker seperti masak nasi biasa.

Bahan ayam
1. 1/2 ekor ayam yg besar
2. Seinci halia
3. 5 ulas bawang merah
4. 3 ulas bawang putih
3. 3 sudu besar kicap cair
4. 5 sudu besar kicap manis

1. Rebus ayam dengan air yang banyak hingga empuk.
2. Angkat dan toskan ayam . Simpan air rebusannya untuk sup.
3. Kisar bawang merah , bawang putih dan halia.perap bersama ayan rebus tadi dalam satu bekas. Masukkan kicap masin dan kicap cair. Tambah madu jika suka. Perap selama 10 minit pun cukup.
4. Angkat dan toskan ayam yang telah diperap. Goreng dengan api sederhana hingga warna keperangan...ala warna ayam nasi ayam tuuu...
5. Kicap perapan tadi dipanaskan hingga mendidih dan hidangkan sebagai kicap nasi ayam.

Bahan sup
1. 2 ulas bawang merah
2. 1 ulas bawang putih
3. Satu kiub pati ayam
4. Seinci halia
5. Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih. Opsyenal. Tak ada pun tak apa.

Cara buat sup
Panaskan air rebusan ayam tadi bersama bahan bahan diatas. Biarkan mendidih seketika.Tambahkan garam kalau tak cukup masin.Taburkan daun bawang dan sadri dan bawang goreng semasa dihidangkan.

Cara buat sos(sambal cili)
1. 4 atau 5 biji lada besar merah
2. 2 sudu besar gula
3. 1 sudu teh garam
4. 2 sudu besar cuka
5. 2 ulas bawang putih.

Kisar semua bahan. Panaskan hingga mendidih. Sesuaikan jumlah gula garam dan cuka mengikut citarasa anda.

Hidangkan nasi ayam  bersama hirisan timun dan salad. Senangkan jom cuba....

Tuesday, September 16, 2014

Roti ringkas,lembut dan sedap

Opppss...ni bukan resepi majalah tapi resepi yang akak cuba sendiri dan sangat mudah dan sedap. Selalu buat roti kalau yang simple ni agak tak berapa gebu sikit tapi resepi ni memang gebu gebas...yang paling best roti asas ni boleh diaplikasikan dengan apa saja. Boleh pelbagaikan inti.Boleh letak kacang merah,kelapa parut yang dimasak dengan gula, coklat,sardin, sosej, eh letih la nak menyebutnya... isi la apa apa pun kat dalamnya. Anak anak akak memang suka letak coklat dalamnya. Kalau tidak buat yang kosong je makan cicah kari atau sardin yang dilenyek-lenyek macam nak buat sandwich tu. Akak uli tangan je tak de mesin mesin pun.

Bahan-bahan

700g tepung gandum biasa.
80g mentega atau marjerin
85g gula pasir
Sesudu teh garam
Sebiji telur
Sepaket yis segera (11 g)
250ml air suam kuku
30g susu tepung (tak de pun x pe )

Caranya

1. Larutkan gula dalam air  suam suam kuku. Masukkan yis dan ketepikan. Biar selama 10 minit hingga yis jadi berbuih buih.
2. Campurkan tepung , mentega,garam,telur,susu jika suka dalamsatu bekas dan gaulkan rata.
3. Masukkan larutan yis tadi.Gaul hingga adunan tidak melekit. Boleh tambahkan tepung sedikit kalau adunan melekit. Uli selama lebih kurang lima minit.
4. Ketepikan adunan. Tutup bekas adunan dan peram selama 30 hingga 45 minit.
5.Setelah itu , uli kembali adunan . Tumbuk tumbuk adunan untuk keluarkan angin. Uli lagi. Bentukkan ikut bentuk yang kehendaki. Letak dalam loyang atau dulang pembakar yang telah dilengser dengan mentega. Tutup adunan dan biar selama 45 minit. Sapukan telur pada permukaan atas guna berus pastri. Ni nak bagi cantik kalau x sapu pun tak pe.
6. Bakar dalam oven pada suhu 180°C  selama 15 minit hingga 20 minit.
Lepas angkat masa tengah panas lagi sapukan mentega atasnya supaya nampak kilat kilat dan menyelerakan.
Ni roti kosong. Tak sempat nak sapu telur atas pun dah masukkan dalam oven. Anak anak tak sabar tunggu pinggan nak makan dah.

Roti kosong tadi yang  makan dengan sardin lecek memang sedap.


Yang ni inti coklat. Kat luarnya akak tabur coklat sebelum bakar. yang ni memang laku ni... anak-anak semua suka. makan panas-panas ditemani pula dengan teh o panas... ohh..


Inti coklat yang cair didalam..sedap....

Selamat mencuba ye...