lazada

Thursday, October 16, 2014

Nasi ayam mudah

"Wah bau macam kedai nasi ayam" kata suami saya sebaik sahaja membuka pintu. " Makan terusla..." kata beliau lagi menyebabkan posting saya hari ini tiada gambar...huhu....semuanya licin dalam masa kurang dari setengah jam..tak sempat nak snap gambar. Tak apa  ..lain kali bila saya buat nasi ayam lagi saya akan ambik gambar sebelum hidang.

Ok saya nak share resepi nasi ayam saya yang mudah dan boleh dibuat oleh insan insan biasa yang kurang kerajinan seperti saya.

Bahan nasi
1. 3 pot beras
2. 1 kiub pati ayam
3. 3 ulas bawang merah
4. 1 ulas bawang putih
5. 2 sudu besar (penuh) mentega atau marjerin

Cara memasak nasi
1. Basuh beras dan toskan
2. Cairkan mentega dalam rice cooker. Kena tekan cook supaya mentega cair dan mendidih. Boleh gunakan minyak masak kalau tak ada  mentega...kita bukan chef..apa pun boleh.. hihi. Tapi tambah 1 sudu teh garam kalau guna minyak. Untuk rasa masin.
3.Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah di mayang.
4. Hancurkan kiub pati ayam dan tumis bersama hingga naik bau. Masukkan beras yang telah ditoskan. Gaulkan rata dan masukkan air secukupnya seperti nak masak nasi biasa.
5. Masak dalam rice cooker seperti masak nasi biasa.

Bahan ayam
1. 1/2 ekor ayam yg besar
2. Seinci halia
3. 5 ulas bawang merah
4. 3 ulas bawang putih
3. 3 sudu besar kicap cair
4. 5 sudu besar kicap manis

1. Rebus ayam dengan air yang banyak hingga empuk.
2. Angkat dan toskan ayam . Simpan air rebusannya untuk sup.
3. Kisar bawang merah , bawang putih dan halia.perap bersama ayan rebus tadi dalam satu bekas. Masukkan kicap masin dan kicap cair. Tambah madu jika suka. Perap selama 10 minit pun cukup.
4. Angkat dan toskan ayam yang telah diperap. Goreng dengan api sederhana hingga warna keperangan...ala warna ayam nasi ayam tuuu...
5. Kicap perapan tadi dipanaskan hingga mendidih dan hidangkan sebagai kicap nasi ayam.

Bahan sup
1. 2 ulas bawang merah
2. 1 ulas bawang putih
3. Satu kiub pati ayam
4. Seinci halia
5. Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih. Opsyenal. Tak ada pun tak apa.

Cara buat sup
Panaskan air rebusan ayam tadi bersama bahan bahan diatas. Biarkan mendidih seketika.Tambahkan garam kalau tak cukup masin.Taburkan daun bawang dan sadri dan bawang goreng semasa dihidangkan.

Cara buat sos(sambal cili)
1. 4 atau 5 biji lada besar merah
2. 2 sudu besar gula
3. 1 sudu teh garam
4. 2 sudu besar cuka
5. 2 ulas bawang putih.

Kisar semua bahan. Panaskan hingga mendidih. Sesuaikan jumlah gula garam dan cuka mengikut citarasa anda.

Hidangkan nasi ayam  bersama hirisan timun dan salad. Senangkan jom cuba....

Tuesday, September 16, 2014

Roti ringkas,lembut dan sedap

Opppss...ni bukan resepi majalah tapi resepi yang akak cuba sendiri dan sangat mudah dan sedap. Selalu buat roti kalau yang simple ni agak tak berapa gebu sikit tapi resepi ni memang gebu gebas...yang paling best roti asas ni boleh diaplikasikan dengan apa saja. Boleh pelbagaikan inti.Boleh letak kacang merah,kelapa parut yang dimasak dengan gula, coklat,sardin, sosej, eh letih la nak menyebutnya... isi la apa apa pun kat dalamnya. Anak anak akak memang suka letak coklat dalamnya. Kalau tidak buat yang kosong je makan cicah kari atau sardin yang dilenyek-lenyek macam nak buat sandwich tu. Akak uli tangan je tak de mesin mesin pun.

Bahan-bahan

700g tepung gandum biasa.
80g mentega atau marjerin
85g gula pasir
Sesudu teh garam
Sebiji telur
Sepaket yis segera (11 g)
250ml air suam kuku
30g susu tepung (tak de pun x pe )

Caranya

1. Larutkan gula dalam air  suam suam kuku. Masukkan yis dan ketepikan. Biar selama 10 minit hingga yis jadi berbuih buih.
2. Campurkan tepung , mentega,garam,telur,susu jika suka dalamsatu bekas dan gaulkan rata.
3. Masukkan larutan yis tadi.Gaul hingga adunan tidak melekit. Boleh tambahkan tepung sedikit kalau adunan melekit. Uli selama lebih kurang lima minit.
4. Ketepikan adunan. Tutup bekas adunan dan peram selama 30 hingga 45 minit.
5.Setelah itu , uli kembali adunan . Tumbuk tumbuk adunan untuk keluarkan angin. Uli lagi. Bentukkan ikut bentuk yang kehendaki. Letak dalam loyang atau dulang pembakar yang telah dilengser dengan mentega. Tutup adunan dan biar selama 45 minit. Sapukan telur pada permukaan atas guna berus pastri. Ni nak bagi cantik kalau x sapu pun tak pe.
6. Bakar dalam oven pada suhu 180°C  selama 15 minit hingga 20 minit.
Lepas angkat masa tengah panas lagi sapukan mentega atasnya supaya nampak kilat kilat dan menyelerakan.
Ni roti kosong. Tak sempat nak sapu telur atas pun dah masukkan dalam oven. Anak anak tak sabar tunggu pinggan nak makan dah.

Roti kosong tadi yang  makan dengan sardin lecek memang sedap.


Yang ni inti coklat. Kat luarnya akak tabur coklat sebelum bakar. yang ni memang laku ni... anak-anak semua suka. makan panas-panas ditemani pula dengan teh o panas... ohh..


Inti coklat yang cair didalam..sedap....

Selamat mencuba ye...

Friday, September 5, 2014

Burger Daging Quacker Oats

Bahan -bahan burger
1 cawan quacker oats segera
2 biji telur- dipukul sedikit
1 ketul kiub pati lembu
200gm bawang besar - dihiris
1 biji cili merah - dibuangkan bijinya dan dihiris
1 biji cili hijau atau 1/2 biji lada benggala(cili kembung) dihiris.
3 biji cili padi- dihiris
4 camca besar minyak masak

Bahan-bahan hiasan
Roti ban
Tomato
Sos cili atau tomato
Daun salad segar
Bawang besar

Cara menyediakannya
1. Campurkan semua adunan di atas dalam satu mangkuk dan gaul hingga sebati.
2. Kaup 120g adunan tersebut , tekankan dan bentukkannya menjadi satu keping burger ( akan menjadi 8 keping burger kesemuanya)
3. Panaskan minyak masak dan goreng burger tersebut hingga empuk. Kemudian balikkan dan goreng hingga empuk sekali lagi.
4. Hidangkan burger ini dengan hiasan kegemaran anda , seperti roti ban bakar, daun salad , hirisan tomato, hirisan bawang dan sos  cili atau tomato.

Sumber : Mingguan wanita

Wednesday, September 3, 2014

Penkek Biji Teratai

Bahan-bahannya
300gm tepung gandum
120g tepung roti
50g tepung kastard
120g marjerin
100gm pes biji teratai( boleh dibeli di pasaraya)
1 sudu teh serbuk  vanila
Minyak bunga matahari family choice atau minyak untuk menggoreng.

Cara memasak
1. Untuk membuat penkek campurkan tepung gandum, tepung roti, tepung kastard , marjerin dan serbuk vanila ke dalam mangkuk adunan, gaul hingga sebati.
2. Uli doh dan bentuk bulat setebal 4 inci. Kemudian letakkan pes biji teratai di dalam doh tersebut.
3. Setelah itu gulung doh seperti popia. Simpan di dalam peti sejuk selama dua jam. Ini untuk mengelakkan penkek daripada melekat.
4. Panaskan minyak bunga matahari family choice di dalam kuali. Pastikan minyak berada pada suhu 120°C.
5. Masukkan penkek ke dalam kuali dan goreng dengan api yang sederhana. Angkat penkek apabila ia timbul di atas minyak.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Waktu penyediaan: 10 minit
Waktu memasak: 5 minit
Jenis hidangan: cina
Jenis penyediaan: pencuci mulut
Jenis masakan : biji teratai
Jenis acara : minum petang
Cara memasak: goreng

Masak Lomak Cili Api Nogori

Bahan-bahannya
1.3kg ayam/itik/puyuh atau 500g daging lembu/ makanan laut.
1 pek perencah Warisan Nismilan
500g santan kelapa
Asam keping /belimbing buluh/rebung/daun gelugur/bacang/ubi kentang( jika suka)
Garam secukup rasa.

Cara memasak
1. Bahan (daging) yang dipilih dipotong-potong dan digaul dengan  perencah Masak Lomak Cili Api Nismilan di dalam periuk.
2. Masukkan 1 cawan air dan santan
3. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan masukkan asam pilihan.
4. Akhir sekali garam secukup rasa.

Sumber: saji edisi 158

Kek Harvest

Resepi ini menggunakan pembuat roti

Bahan-bahannya
120gm tepung
1 1/4 tsp serbuk penaik
1/8 tsp baking soda
1/4 tsp serbuk kulit kayu manis
2gm garam
70gm gula halus
90gm telur
50gm epal hijau- buang kulit
60gm minyak sayuran
130gm nanas dalam tin dibuang airnya
85gm lobak dipotong kecil
50 gm walnut dicincang kasar
35 gm kismis

Hiasan/topping
35gm walnut dicincang kasar

Cara-cara menyediakannya
1. Potong kecil buah epal dan kisar bersama minyak hingga menjadi puri.
2. Potong kecil nanas dan keringkan dengan menggunakan tuala dapur.
3. Masukkan semua bahan kecuali nanas ke dalam kuali roti.
4. Letakka n ke dalam mesin pembuat roti.
5. Tekan butang menu '12' untuk kek.
6. Kemudian tekan butang mula.
7. Apabila bip berbunyi menandakan ada tepung yang terkeluar, kikis (gunakan pengikis plastik atau getah) pada bahagian tepi kuali roti dan masukkan ke dalam adunan. Kemudian masukkan nenas. Tutup penutup dan tekan ' start'  untuk memulakan kembali proses membuat kek.
8. Satu jam sebelum masa siap , taburkan walnut.
9. Setelah pusingan membuat kek sempurna , tambahkan 10 minit masa membakar dengan menekan butang pemasa sehingga ia menunjukkan 10. Tekan 'start'.
10.Apabila kek siap, keluarkan roti daripada mesin dan biarkan selama 2 minit. Kemudian baru keluarkan kek daripada kuali roti dan biarkan sejuk diatas rak dawai.


Sumber: Majalah Saji edisi 158 september 2014

Friday, August 22, 2014

Makaroni Bakar Quacker Oats

Bahan bahan A
100g quacker oats cepat dimasak
70g makaroni mentah
30g mentega atau marjerin
50g bawang besar - dipotong dadu
100g cendawan butang - dihiris
100g daging ayam - dipotong dadu
120g campuran sayur- sayuran sejuk beku
1 camca teh serbuk pati ayam

Bahan bahan B
1 camca teh garam
1/4 camca teh lada serbuk
1 cawan keju cheddar - diparut
2 biji telur
1 cawan susu UHT

Cara menyediakannya
1. Rebus makaroni hingga empuk( atau seperti arahan pada pek).
2. Bilas denga n air sejuk dan toskannya.
3. Panaskan mentega atau marjerin dalam kuali.
4. Masukkan bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Lepas itu, masukkan bahan-bahan B.
5. Kacau hingga sebati , tuangkannya ke dalam dulang atau piring pembakar  berukuran  7x7×3 inci. Masukkannya ke dalam ketuhar dan bakar selama 30 minit pada suhu 190 darjah celsius.
6. Alih dan hidangkan.

Thursday, August 21, 2014

Nasi Jerang Quaker Oats

Bahan bahan
1 cawan quaker oat cepat dimasak
1 cawan beras
1 camca teh garam
2 1/2 cawan air
2 helai daun pandan - dibersih dan disimpulkan
200 g serunding - boleh dibeli di mana mana pasar.

Cara menyediakannya
1. Bersih dan toskan beras.
2. Masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik.
3. Masukkan air, garam dan daun pandan.
4. Setelah nasi separuh masak, masukkan quaker oats cepat dimasak.
5. Reneh dan jerang hingga masak.
6. Karih (kacau) nasi dan hidangkannya dengan serunding ayam/daging atau mana mana kari pilihan anda.

Sumber: Mingguan Wanita Edisi Aidilfitri

Tuesday, August 19, 2014

Biskut Permata Nilam

Bahan - bahan
150 gram mentega ( guna sejuk/keras)
200 gram gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh susu pekat
225 gram tepung gandum
25 gram tepung jagung
15 gram serbuk koko
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teg esen vanila
50 gram serbuk badam
25 gram
25 gram susu tepung

Cara membuatnya:
1. Pukul mentega , gula dan kuning telur sehingga kembang.
2. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan uli dengan  tangan hingga sebati.
3. Bancuhan biskut mestilah keras kerana ia akan kembang, ringan dan rangup. Terap acuan enam segi. Sapukan putih telur di bahagian atas biskut dan tabur kelapa kering.
4. Bakar pada suhu 169 darjah celcius selama 20 minit.

Kek Belang Pelangi

1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan marjerin
2 sudu besar susu pekat
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen ros
5 biji telur- grade A
2 1/2 cawan tepung gandum
Pewarna merah dan hijau

Cara membuat :
1. Mula-mula pukul gula dan marjerin hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul rata.
3. Tambahkan susu  pekat dan esen ros. Diikuti dengan tepung yang sudah diayak bersama serbuk penaik. Gaul rata.
4. Bahagikan kepada tiga bahagian.
Satu diwarnakan merah , satu diwarnakan hijau dan satu lagi dibiarkan dengan warna asli.
5. Susun adunan secara bertindan satu sama lain. Mulakan dengan warna asli,  warna hijau san warna merah.Buat hingga habis semua adunan. Pastikan bahagian atasnya warna asli.
6. Akhir sekali buatkan silang pangkah pada permukaannya ini. Ini untuk mendapatkan corak menarik pada kek itu nanti. Bakar hingga masak.

Tip: pastikan loyang pembakar sudah dilengser dengan sedikit marjerin agar apabila kek masak ,  ia mudah ditanggalkan.

Sumber : Mingguan Wanita Edisi Aidilfitri 

Monday, August 18, 2014

Kuih Cacap

Bahan - bahan:
7 biji telur
Sedikit air kapur
1 cawan gula pasir
1 liter santan
300 gram tepung jagung
500 gram tepung beras

Cara Membuatnya:
1. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam mangkuk dan kisar dengan mesin pengisar.
2. Langkah seterusnya masukkan gula. Kisar hingga kembang dan masukkan ke dalam mangkuk.
3. Setelah kembang tuangkan atas tepung sedikit demi sedikit. Gaul perlahan-lahan.
4.Akhir sekali tuangkan santan dan juga air, kacau sehingga sebati. Jika tepung kelihatan agak keras, boleh tambah air sedikit demi sedikit.
5. Apabila siap adunan, panaskan minyak dalam jumlah yang banyak. Celupkan acuan ke dalam adunan. Pastikan celupan tepung itu tidak menutupi keseluruhan permukaan acuan kerana jika celupan melebihi paras acuan , ia akan melekat dan kuih tidak akan tertanggal. Goreng di dalam minyak yang banyak.
6. Siap untuk di hidangkan.

Sumber: Mingguan Wanita Edisi Aidilfitri 2006

Kuih penjaram

Bahan - bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan gula
2 cawan air
1/2 cawan tepung jagung
Sedikit garam

Cara membuatnya:
1. Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam mangkuk.
2. Selepas itu masukkan 1 cawan gula. Gaul hingga sebati.
3. Sesudah itu masukkan pula tepung jagung.
4. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan sedikit garam.

Pastikan minyak menggoreng agak sedikit dan biarkan hingga panas. Selepas itu gorenglah seperti biasa. Siap untuk di hidangkan. Selain hari raya kuih penjaram ini dihidangkan dalam majlis kenduri kahwin sebagai hidangan minum pagi atau petang kepada orang kampung yang datang membantu.

Sumber : Mingguan Wanita edisi aidilfitri 2006

Kerabu Ikan Bilis

Bahan - bahannya :
50 g ikan bilis, digoreng dan sejat
1/2 biji bawang besar, dihiris
8 biji cili padi, dihiris
1 biji cili merad, dihiris
1 biji limau nipis diperah dan diambil jusnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Gaul sebati ikan bilis bersama serai, bawang besar , cili padi , cili merah dan jus limau.
2. Bubuh garam bersama gula secukup rasa
3. Gaul rata dan hidang.

Sumber : Jelita oktober 2004

Friday, August 15, 2014

Kerabu Tauge

Bahan-bahan:
50 gram tauge
150 gram  kerang , di basuh bersih
100 gram kelapa parut
1 batang serai , dihiris
4 tangkai cili kering, direndam dan ditumbuk
4 biji bawang merah , dihiris
1 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 biji limau nipis , diperah dan diambil jusnya

Cara membuatnya:
1. Celur tauge di dalam air mendidih seketika , angkat dan sejat. Ketepikan.
2. Rebus kerang hingga mendidih bersama serai. Angkat , sejat dan ketepikan.
3. Kelapa di sangrai hingga warna menjadi keemasan.
4. Gaul kelapa sangrai bersama tauge dan kerang hingga sebati.
5. Masukkan semua bahan lain dan gaul hingga sebati.
6. Perah limau nipis pada kerabu dan hidang.

Sumber : Jelita oktober 2004

Thursday, August 14, 2014

Biskut Choc Vanila Kipper

Bahan-bahan:
250 gram gandum
100 gram mentega
50 gram gula aising
150 gram badam hancur
1 sudu teh esen vanila
1 papan coklat putih( potong kiub kecil sebagai inti)
Cara membuatnya :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Campurkan semua bahan tadi ke dalam adunan mentega.
3. Bulatkan adunan dan masukkan coklat putih ke dalam adunan.
4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 minit.
Sumber : Mingguan wanita edisi aidilfitri 2006

Biskut Krim Limau

Bahan-bahan:
200 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
125 gram mentega
60 gram gula halus
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh madu

Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila dan kemudian pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan madu dan kacau hingga rata.
4. Giling adunan dan terapkan mengikut adunan berbentuk bulat atau mengikut selera anda.
5. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 minit.

Wednesday, August 13, 2014

Biskut Coklat Oren

Bahan-bahan:
350 gram tepung gandum
150 gram mentega
125 gram gula perang
50 gram gula halus
1 biji telur
1/2 sudu teh serbuk penaik

Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula perang hingga kembang.
2. Masukkan telur dan kacau hingga sebati
3. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik
4. Bentukkan adunan dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160 darjah celciua selama 15 minit. Sejukkan.
5. Gula halus dijadikan sebagai hiasan di bahagian atas biskut.

Sumber : Mingguan wanita edisi aidilfitri 2006

Biskut Buah-buahan

Bahan-bahan:
650 gram tepung gandum
200 gram mentega
150 gram gula halus
1 1/2 sudu besar tepung jagung
3 biji telur
11/2 sudu besar susu tepung
100 grm buah-buahan kering

Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula halus hingga kembang.
2. Masukkan telur dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung dan kacau hingga sebati.
4. Sapukan kuning telur dan letakkan buah-buahan kering di atas permukaan biskut.
5. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 15 minit.


Sumber :Mingguan Wanita Edisi Aidilfitri 2006

Biskut Badam Coklat

Bahan-bahan:
200 gram tepung gandum
250 gram mentega
200 gram gula aising
1 biji telur
200 gram serbuk badam
1 sudu teh esen vanila
100 gram coklat
Cara membuatnya:
1. Mentega dan gula aising dipukul hingga kembang.
2. Masukkan tepung bersama esen vanila.
3. Masukkan tepung gandum kemudian uli hingga sebati.
4. Masukkan serbuk badam dan uli lagi hingga rata.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu160 darjah celcius kemudian sejukkan.
6. Cairkan coklat untuk hiasan. Celupkan separuh dari biskut ke dalam coklat.

Sumber : Mingguan Wanita Edisi Aidilfitri 2006

Selamat Datang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hai semua..selamat datang ke blog saya. Saya ni suka masak tapi masalahnya selalu lupa resepi... Almaklumla banyak benda yang nak difikirkan, tambahan pula dengan masalah dunia yang tak putus putus bergolak kini..ahaks... hihi.. tu la kan suka masak tapi setiap kali nak masak kena tengok resepi. memang jeles betul dengan mak mak kita yang nak masak apapun semua dah ada dalam kepala. kepala mereka tu ibarat ensiklopedia masakan...

so kalau dah masak satu resepi 3,4 tahun sekali kena la kompilkan semua resepi dalam bentuk hardcopy yang dikoyak2 dari pelbagai jenis majalah ni ke dalam bentuk softcopy. supaya kalau nak masak boleh search je... search hardcopy ni memang boleh meroyan .. silap haribulan boleh tak jadi masak.

so ..anda anda semua... berikut adalah resepi-resepi koleksi saya yang tersimpan kemas dalam folder saya akan saya cairkan dalam bentuk hardcopy. Semoga bermanfaat pada semueeeee...enjoy dan selamat memasak ye....